Friday, March 25, 2011

Great quotes to inspire great teachers

Algebra is begun in the lower grades where it consists mainly of number pattern work and finding missing numbers in expressions.

Children need to be challenged yet invited regularly to have fun in math.

Linguistically, mathematics can be taught as communication as an extremely concise portrayal of relationships among quantities.

We inherited geometry from the goemetric figures are a spatial way to represent and symbolize numerical relationships.

Mathematics is best done utllizing materials and experience that tap both sides of brain.

The secret is to bring everyday life cleverness into math problem solving.

Monday, March 14, 2011

Penulisan Ilmiah

PENDAHULUAN

Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada
peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan telah
dijadikan sebagai teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Matlamatnya ialah untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif.

Menurut Sternberg (2004) minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kritis serta kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negaramencapai status menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

KEPENTINGAN KREATIVITI
Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka memerlukan banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan ketika majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar komuniti para saintis di Malaysia agar dapat melahirkan seorang pemenang hadiah nobel di kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 (Sachi, 2004). Beliau juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi.

DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kreatif didefinisikan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Selain itu, daya kreatif adalah kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu kreativiti, dan menjana kekreatifan mengikut kemampuan diri sendiri. Manakala kreativiti adalah kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
“Creativity is a matter of talent – there is nothing you can do about it except get creative people” (de Bono, 1996)

Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri.

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the results.” (Torrance, 1974)
“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.” (Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

KESULITAN DAN KREATIVITI
Terdapat pelbagai kesulitan yang dihadapi dalam usaha untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara dalam akta 1996. Menurut Falsafsah Pendidikan Negara, matlamat utuama pendidikan Negara adalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Namun matlamat murni masih belum tercapai. Salah satu faktor yang menjadi penghalang ialah sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan yang mana menghalang pemupukan kreativiti dalam bilik darjah.

Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh, 2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap pembangunan kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan …“this emphases have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students”(m.s. 20).

Sternberg & Lubart (1995) pula berpendapat bahawa persekolahan juga menghalang kreativiti dengan menanamkan ke dalam diri para pelajar sifat toleransi yang rendah terhadap kegagalan. Ini menjadikan para pelajar takut mengambil risiko. Sikap takut mengambil risiko ini mula berkembang dalam bilik darjah apabila kegagalan sering dibalas dengan celaan atau dendaan manakala kejayaan dalam bentuk hasil kerja yang baik sering dibalas dengan pujian atau ganjaran (Dacey & Lennon, 1998). Tambah Dacey & Lennon (1998) lagi, kegagalan mungkin menyebabkan pelajar perlu melakukan tugas pembaikan atau mungkin merasa malu kerana dilihat sebagai seorang yang bodoh. Ini menyebabkan mereka selalu mengambil jalan yang selamat dan tidak melakukan sesuatu yang mencabar diri mereka.

Di samping itu kajian-kajian di beberapa negara Asia menunjukkan bahawa para guru cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan dengan kreativiti (Ng & Smith, 2004). Menurut MacKinnon (1963), antara ciri-ciri personaliti individu kreatif termasuklah berazam, bebas, suka mengambil risiko, impulsif dan individualistik. Kajian oleh Westby &

Dawson (1995) menunjukkan bahawa ciri-ciri yang dipaparkan tadi tidak digemari oleh para guru. Sebaliknya kajian menunjukkan bahawa para guru lebih menyukai ciri-ciri personaliti pelajar seperti bertanggungjawab, boleh diharapkan, ikhlas, suka bertoleransi dan boleh dipercayai. Menurut kajian yang dijalankan oleh MacKinnon (1963), ciri-ciri personaliti tersebut mempunyai kaitan dengan tahap kreativiti yang rendah. Oleh itu, guru kebiasaannya tidak menyukai bilik darjah yang pelajarnya terdiri daripada individu yang kreatif. Ini adalah kerana guru berpendapat bilik darjah tersebut sukar dikawal dan diurus. Sebaliknya guru lebih suka kepada bilik darjah yang para pelajarnya terdiri daripada individu yang pengakur dan baik kerana mereka senang dikawal dan diurus. Disebabkan ciri-ciri personaliti kreatif dipandang negatif oleh para guru, mereka cenderung untuk melatih pelajar-pelajar tersebut untuk menjadi taat dan pengakur. Perkara ini sekaligus boleh melumpuhkan daya kreativiti pelajar kerana aspek personaliti merupakan salah satu aspek kreativiti yang penting.

Satu lagi elemen penting yang boleh memberikan kesan negatif kepada daya kreatif pelajar ialah rakan sebaya. Torrance (1968) melalui kajiannya mendapati markah kreativiti bagi pelajar menjadi rendah secara konsisten selepas tahun empat. Beliau turut mendapati bahawa punca kepada penurunan aras kreativiti ini adalah kerana tekanan agar mereka akur kepada rakan sebaya meningkat. Selain daripada itu, Amabile (1996) seorang penyelidik dalam bidang psikologi sosial dan kreativiti turut berpendapat bahawa rakan sebaya merupakan penghalang utama yang menyebabkan para pelajar enggan mengambil risiko serta meluahkan idea kreatif.

PENGAJARAN KREATIVITI UNTUK PELAJAR PINTAR CERDAS

Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker, Beghetto dan Dow, 2004). Guru harus menginspirasikan pelajar kearah pemikiran kreatif pada peringkat individu dan kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran dan pengajaran tidak seharusnya membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangmya semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek-aspek kreatif.

Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu.

Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan . Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang dilakukan oleh ahli-ahli lainyang membuat tugas yang disarankan guru.

Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semangat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik.

KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.




KONSEP BERFIKIR



Dewey ( 1910 ) menegaskan bahawa
Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.








Edward de Bono ( 1976 )
Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.






Menurut Mayer(1977) pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah.

Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah


Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)









Click here to read more.